|
Bahagian Akaun
Bahagian Akaun mempunyai 8 Unit dibawahnya, iaitu:
1. Unit Lejar Utama
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Menyediakan Akaun Negara.
- Menyediakan penyata harta-harta dan tangungan-tangungan Kerajaan setiap bulan
dan tahun.
- Membuat penyesuaian diantara rekod-rekod perbelanjaan dan kutipan kerajaan dengan
penyata penyesuaian bank-bank
- Mengawasi rekod-rekod perbelanjaan dan kutipan kerajaan termasuk kutipan daripada
Kedutaan dan Suruhanjaya
- Mengawasi perbelanjaan daripada akaun gantung (Suspense Account), Wang tahanan
(Retention Money) dan Trading Account.
- Mengawasi perbelanjaan menggunakan Tajuk Rampaian S.D.52
- Menyediakan report Ledger Control System (L.C.S)
2. Unit Sub-Lejar
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Menyemak dan merekod semua pembayaran balik wang pendahuluan, pinjaman-pinjaman
rumah dan kereta.
- Memastikan potongan-potongan bayaran pinjaman dibuat setiap bulan.
- Menyemak dan merekod wang-wang taruhan.
3. Unit Hasil dan Sewa Rumah
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Membuat pengawasan dan pemantauan keatas kutipan-kutipan Hasil Jabatan-Jabatan
Kerajaan.
- Memproses pembayaran sewa rumah dan perabot yang disewa Kerajaan.
4. Unit Akaun Suruhanjaya dan Kedutaan
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Menyediakan baucer pembetul keatas Akaun Perbelanjaan bagi Kedutaan Besar/Suruhanjaya
Tinggi Negara Brunei Darussalam.
- Menuntut balik perbelanjaan secara pendahuluan yang dibuat di Kedutaan besar/Suruhanjaya
Tinggi Negara Brunei Darussalam.
- Menguruskan bayaran balik pencen daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
5. Unit Pinjaman Rumah
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Memproses dan mempertimbangkan permohonan untuk membina rumah.
- Membuat penilaian keatas kemajuan pembinaan rumah.
- Memberi khidmat nasihat dan penerangan kepada pemohon.
6. Unit Pinjaman Kereta dan Elaun Perjalanan Tetap
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan elaun perjalanan tetap/hitungan kilometer
mengikut dasar-dasar surat keliling yang telah ditentukan.
- Memproses baucar pembayaran pinjaman yang telah diluluskan.
7. Unit Elaun Pelajaran
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Memproses dan meluluskan tuntutan elaun pelajaran dengan berdasarkan surat keliling
yang berkuat-kuasa pada masa ini.
- Memproses pembayaran elaun pelajaran yang telah diluluskan samada secara tunai
atau melalui gaji (Sistem berkomputer)
- Membuat kutipan balik bagi elaun pelajaran yang terlebih bayar (Cuti tidak bergaji/berhenti
sekolah).
8. Unit Tambang dan Elaun Cuti
Tugas dan tanggungjawab unit ini ialah:
- Meluluskan pemohon elaun cuti dan tambang yang dihadapkan.
- Menyediakan Waran Udara bagi pegawai dan kakitangan.
- Meluluskan tuntutan bayaran balik inbois yang dihadapkan oleh agensi-agensi pelancongan.
- Meyediakan M.C.O bagi Pegawai berkontrek dan Pegawai tempatan.
- Menyediakan surat kepada agensi-agensi pelancongan bagi penghantaran barang-barang
melalui kapal Laut khusus
|